Tips Untuk Mulakan Bisnes Online

Haritu aku dah ceritakan macam mana terjebaknya seorang Hana Syuhada dalam kancah kebisnesankan? Few years later baru aku start bisnes online. Harini aku nak cerita bagaimana korang boleh mulakan bisnes paling senang, iaitu online.

1 . Tentukan Nawaitu

Step ni selalunya anak-anak muda lupakan. Iaitu niat sebenar-benar korang ceburi bidang ni. Apa niat korang? Saya nak tolong suami saya dapat duit extra, saya nak kumpul duit nak pergi bercuti, saya saje je cari duit lebih sebab masa saya banyak sangat.

Macam-macam niat korang boleh pasang, terpulang kepada diri masing-masing

2. Produk

Dah ada niat, korang kena fikirkan produk atau perkhidmatan. Yela kalau tak de produk, tetiba ada kedai, tapi kedai kosong, kan kelakar tu?

Nak pilih produk atau perkhidmatan apa untuk dijual itu terpulang kepada korang punya skill. Ada orang cakap ikut kita punya hobi atau minat. Contoh, hobi buat kek, cuba cuba la jual kek. Hobi suka memancing, korang boleh jual pancing. Suka mekap? Jual la barang mekap. Kalau hobi suka tidur pon boleh, jual la bantal macam DAS Abdul tu. Semua hobi boleh.

Apabila kita berkerja atau berbisnes seiringan dengan hobi atau minat kita, kita akan lebih passionate dan bersemangat utk lansungkan jualan. tak gitu?

Kalau kita jual benda yang kita tak minat, contoh, tengok si polan tu bisnes simkad, bulan bulan dapat sales ratus ribu. Bila kita buat, tak dapat sales, kita akan mudah rasa putus asa. Sebulan kemudian udah bisnes menjahit pula. Tu pun sebab ikut orang, bukan sebab minat sendiri.

Erti kata lain, better buat benda yang kita minat. Sonang kojo.

3. Kenal Pasti Platform.

Ok. Lepas dah decide produk, sekarang perlu kenalpasti platform mana anda nak guna. Ibaratnya, pilih senjata nak pergi berperang. Nak pakai parang ke, galah ke, senapang ke, keris.

Harini dah banyak gila platfrom yang free free boleh buat jualan.

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Shopee
  5. Lazada
  6. Blog
  7. Whatsapp group
  8. Dan macam-macam lagi

4. Marketing

Lepas dah finalize platform mana korang nak serang, now boleh fikir strategi marketing.

Penting juga marketing ni, kalau tak ada marketing macam mana orang nak tahu kita jual produk kita tu? kan? Bukak kedai, lepas tu duk diam dalam kedai, bawah meja pulak tu, macam mana orang nak tahu yang kau dah bukak kedai dan jual barang apa??

Setiap platform jualan tadi tu, masing-masing ada mekanisme tersendiri untuk promosi. Kalau Facebook , ia ada FB ads, kalau instagram pun ada juga boleh link ke FB, dan macam-macam lagi la (aku xtau nak cerita part ni, sebab ni kerja ben johari)

Semua cara ni boleh belajar. Ada je tokguru yang buat kelas untuk marketing. So, laburkan sikit duit untuk timba ilmu ya.

Tapi kenapa bisnes online? Tak ada jawapan pun, cuma aku rasa bisnes online ni lebih memudahkan berbanding dengan kau nak bukak satu kedai runcit dan tunggu orang datang.

Online adalah satu medium yang paling cepat korang boleh sampai ke tempat lain. Kau kat rumah, nak pergi shopping kat euro pon boleh sangat dah sekarang ni, semua di hujung jari.

Ok lah. Lots of love.

Continue Reading