Bisnes? What? Serious ah?

Ramai juga orang yang bertanyakan soalan ni pada aku. Macam mana kau boleh terjebak dalam kancah kebisnesan ni, kau dulu budak sains kot? Haa meh nak jawab.

Salam semua, apa habaq? Harap sihat sihat belaka. Mai rapat rapat baca la ceghita ceq ni.

Yes aku memang background sains, lepas SPM masuk matrikulasi bidang Sains Hayat. Then Alhamdulillah dapat masuk UPM, course Biochemistry. Lulus dengan cemerlang.

Time tu course Biokimia ni belum famous sangat, bidang kerja pun kat makmal makmal hospital dan sebagainya. Aku pikir, tak glamour la macam ni kalau duduk dalam lab je. Jalan jalan la aku kat jobstreet, then ada satu jawatan ‘Medical Representative’. Aku apply, then interview, aku terus dapat kerja tu.

Kerja ni, adalah bidang sales, aku kena keluar jumpa jumpa orang dan jual barang. Barang barang aku lebih kepada alat alat yang ada kt hospital dari tiub kencing, tiub makan aku jual. Tapi ofcourse aku kene study USP produk tu, aku gunakan la kebijaksanaan aku dalam bidang sains utk explain molecule2 substance semua semua. Siap aku pernah buat talk depan doctor. Pernah juga aku attend case, terus apply pada patient. fuhhh. Pengalaman doctor tu ada tau. nanti aku cerita.

So dari situ, sikit demi sikit aku develop sales skills aku. Dah buat offline punya sales kan, online apatah lagi. Bak datang.

Secara serius aku dalam bidang bisnes ni , lepas kahwin dengan Si Ben Johari ni. Sebab dia memang total ass in business dari mak bapak adik mak menakan semua bisnes punya orang. Kita ikut sahaja.

The day started apabila sales kami berdua sahaja capai 6 angka jualan sebulan. Then kami fikir, we should start serious in business. Maka terlahirlah syarikat sdn bhd kami.

Alhamdulillah pengalaman 1st job aku dulu sebenarnya banyak membantu, disamping dipolish pula dengan ilmu ilmu baru supaya seiringan dengan zaman teknologi. Aku masih buat sales sampai ke hari ni, masih membantu orang selesaikan masalah sakit mereka. Dalam masa yang sama aku rasa aku patut turunkan bakat aku ni kepada protege protege lain. hahaha.

InsyaAllah dalam blog ini akan banyak aku share kan perjalanan business dan tips tips nak jadi topsales. Ahhgitewwwww.

Lots of love.

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *