Hi! It’s been a while since we’ve met.

Ya, last post in September. Now already November. Ohmygod, what happened Hana? mana janji janji manis mu untuk consistently blogging? I am sorry guys. I am very sorry. Still with the same tagline “I love to write but I dont know what to write”. Hahaha. forgive me penunggu gua.

Furthermore, there’s lot of thing happened in September to November. Where I decide to scaledown my company. Plus ‘staff from hell’ punya issue. Nanti la kalau terbuka hati, I will share with u guys. Thats on September.

On October, yeah my birthday. Do u want to know where i celebrate my birthday? do u? do u? (Dory style). Well Ben brought me to the… Kidzania. hahahahahaha. But well spend with kids and him. Penat some more tunggu truck bomba. But ok la, to see my kids smiling, laughing, running, i chasing, queing, ngamoking, tantruming and all ing stuff la that they can do there. Aiyooo. Fening mama.

Now, November. Ben’s birthday. I love to give my love one surprises on special day. Yahh i throw him a surprise at Hilton Garden Inn Puchong. Well planned surprise. Tambahan pulaaaa, kereta baru dia baru dapat kannn. ahh sedapp ko nok. Nanti jugak la i share. Now Im just giving u the synopsis la kan. hahahhaa.

So, semoga Hana Syuhada cepat buat next blog post. Amin. Till we meet again!!

Continue Reading

Tips Untuk Mulakan Bisnes Online

Haritu aku dah ceritakan macam mana terjebaknya seorang Hana Syuhada dalam kancah kebisnesankan? Few years later baru aku start bisnes online. Harini aku nak cerita bagaimana korang boleh mulakan bisnes paling senang, iaitu online.

1 . Tentukan Nawaitu

Step ni selalunya anak-anak muda lupakan. Iaitu niat sebenar-benar korang ceburi bidang ni. Apa niat korang? Saya nak tolong suami saya dapat duit extra, saya nak kumpul duit nak pergi bercuti, saya saje je cari duit lebih sebab masa saya banyak sangat.

Macam-macam niat korang boleh pasang, terpulang kepada diri masing-masing

2. Produk

Dah ada niat, korang kena fikirkan produk atau perkhidmatan. Yela kalau tak de produk, tetiba ada kedai, tapi kedai kosong, kan kelakar tu?

Nak pilih produk atau perkhidmatan apa untuk dijual itu terpulang kepada korang punya skill. Ada orang cakap ikut kita punya hobi atau minat. Contoh, hobi buat kek, cuba cuba la jual kek. Hobi suka memancing, korang boleh jual pancing. Suka mekap? Jual la barang mekap. Kalau hobi suka tidur pon boleh, jual la bantal macam DAS Abdul tu. Semua hobi boleh.

Apabila kita berkerja atau berbisnes seiringan dengan hobi atau minat kita, kita akan lebih passionate dan bersemangat utk lansungkan jualan. tak gitu?

Kalau kita jual benda yang kita tak minat, contoh, tengok si polan tu bisnes simkad, bulan bulan dapat sales ratus ribu. Bila kita buat, tak dapat sales, kita akan mudah rasa putus asa. Sebulan kemudian udah bisnes menjahit pula. Tu pun sebab ikut orang, bukan sebab minat sendiri.

Erti kata lain, better buat benda yang kita minat. Sonang kojo.

3. Kenal Pasti Platform.

Ok. Lepas dah decide produk, sekarang perlu kenalpasti platform mana anda nak guna. Ibaratnya, pilih senjata nak pergi berperang. Nak pakai parang ke, galah ke, senapang ke, keris.

Harini dah banyak gila platfrom yang free free boleh buat jualan.

  1. Facebook
  2. Instagram
  3. Twitter
  4. Shopee
  5. Lazada
  6. Blog
  7. Whatsapp group
  8. Dan macam-macam lagi

4. Marketing

Lepas dah finalize platform mana korang nak serang, now boleh fikir strategi marketing.

Penting juga marketing ni, kalau tak ada marketing macam mana orang nak tahu kita jual produk kita tu? kan? Bukak kedai, lepas tu duk diam dalam kedai, bawah meja pulak tu, macam mana orang nak tahu yang kau dah bukak kedai dan jual barang apa??

Setiap platform jualan tadi tu, masing-masing ada mekanisme tersendiri untuk promosi. Kalau Facebook , ia ada FB ads, kalau instagram pun ada juga boleh link ke FB, dan macam-macam lagi la (aku xtau nak cerita part ni, sebab ni kerja ben johari)

Semua cara ni boleh belajar. Ada je tokguru yang buat kelas untuk marketing. So, laburkan sikit duit untuk timba ilmu ya.

Tapi kenapa bisnes online? Tak ada jawapan pun, cuma aku rasa bisnes online ni lebih memudahkan berbanding dengan kau nak bukak satu kedai runcit dan tunggu orang datang.

Online adalah satu medium yang paling cepat korang boleh sampai ke tempat lain. Kau kat rumah, nak pergi shopping kat euro pon boleh sangat dah sekarang ni, semua di hujung jari.

Ok lah. Lots of love.

Continue Reading

Bisnes? What? Serious ah?

Ramai juga orang yang bertanyakan soalan ni pada aku. Macam mana kau boleh terjebak dalam kancah kebisnesan ni, kau dulu budak sains kot? Haa meh nak jawab.

Salam semua, apa habaq? Harap sihat sihat belaka. Mai rapat rapat baca la ceghita ceq ni.

Yes aku memang background sains, lepas SPM masuk matrikulasi bidang Sains Hayat. Then Alhamdulillah dapat masuk UPM, course Biochemistry. Lulus dengan cemerlang.

Time tu course Biokimia ni belum famous sangat, bidang kerja pun kat makmal makmal hospital dan sebagainya. Aku pikir, tak glamour la macam ni kalau duduk dalam lab je. Jalan jalan la aku kat jobstreet, then ada satu jawatan ‘Medical Representative’. Aku apply, then interview, aku terus dapat kerja tu.

Kerja ni, adalah bidang sales, aku kena keluar jumpa jumpa orang dan jual barang. Barang barang aku lebih kepada alat alat yang ada kt hospital dari tiub kencing, tiub makan aku jual. Tapi ofcourse aku kene study USP produk tu, aku gunakan la kebijaksanaan aku dalam bidang sains utk explain molecule2 substance semua semua. Siap aku pernah buat talk depan doctor. Pernah juga aku attend case, terus apply pada patient. fuhhh. Pengalaman doctor tu ada tau. nanti aku cerita.

So dari situ, sikit demi sikit aku develop sales skills aku. Dah buat offline punya sales kan, online apatah lagi. Bak datang.

Secara serius aku dalam bidang bisnes ni , lepas kahwin dengan Si Ben Johari ni. Sebab dia memang total ass in business dari mak bapak adik mak menakan semua bisnes punya orang. Kita ikut sahaja.

The day started apabila sales kami berdua sahaja capai 6 angka jualan sebulan. Then kami fikir, we should start serious in business. Maka terlahirlah syarikat sdn bhd kami.

Alhamdulillah pengalaman 1st job aku dulu sebenarnya banyak membantu, disamping dipolish pula dengan ilmu ilmu baru supaya seiringan dengan zaman teknologi. Aku masih buat sales sampai ke hari ni, masih membantu orang selesaikan masalah sakit mereka. Dalam masa yang sama aku rasa aku patut turunkan bakat aku ni kepada protege protege lain. hahaha.

InsyaAllah dalam blog ini akan banyak aku share kan perjalanan business dan tips tips nak jadi topsales. Ahhgitewwwww.

Lots of love.

Continue Reading

Hi! It’s me again.

Hahahaha. Entah keberapa kali aku cuba tulis blog. Harap yang ni akan jadi. Blog blog yang lama semua lupa password, end up cerita situ biar la situ. Takpe kita start baru je. Selalu orang cakap kita buka buku baru, tapi ni kita buat blog baru. Yeaahaa!

Ok. Salam semua, aku Hana, ada orang kenal aku sebagai Ateh. I’m a mother of two beautiful sweet kids, Rayyan and Reezqy. Kalau ada rezeki mungkin akan bertambah. hikkkk~

I own a business with my husband since 2016. Aku dibesarkan di Puchong, kahwin dengan orang Kajang, then pindah Damansara, and now back to Puchong! And my kids pula membesar di sini.

In this blog, aku akan share most of pengalaman dalam hidup aku (yg mana aku ingat), apa yang membentuk siapa aku pada harini. Banyak sangat. Orang cakap pengalaman tu mengajar. Di harap para pembaca semua sudi sudi la membaca ya. Mana yang elok ikut ikut la , mana yang tak elok tu tegur tegur la kita kat sini tau tau tau.

Lots of love!

Continue Reading